To view this content, please upgrade your browser to newer version.

Pengumuman

DAPATKAN MPC SECARA ONLINE!

Salam sejahtera warga Malaysia,

Peluang baik untuk anda yang belum dapatkan MPC, kini kami
menyediakan pembelian secara ONLINE. Sila hubungi kami untuk
maklumat lanjut di talian 06-2313511 atau WhatApps : 011-26361242

pengumuman

Jom dapatkan MPC untuk menikmati semua manfaat yang di tawarkan!

Berbelanja secara bijak dengn MPC.

Di Melaka Segalanya MPC!

Latar Belakang

  Sejarah Melaka bermula pada akhir abad ke-14 dimana Parameswara telah menamakan negeri ini sebagai Negeri Melaka dan pilihan lokasi ini amat bertepatan sekali kerana Melaka berada di kedudukan yang strategik di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menjadi penghubung negara China ke India dan Timur yang telah menjadikannya sebagai pusat perdagangan dan sebuah pelabuhan entrepot yang pesat.

  Negeri Melaka hingga kini terus terkenal sebagai pusat perdagangan dan pelancongan di mata dunia terutama sektor pelancongan. Sektor ini merupakan antara sektor yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negeri Melaka. Kerajaan Negeri Melaka juga berhasrat untuk meningkatkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan luar negara yang utama, di samping meningkatkan promosi pelancongan tempatan.

  Sejak kurun ke 14 hingga kini iaitu kurun ke 21, MPSB percaya berbillion pengunjung telah datang ke Melaka dan jumlah ini akan berterusan meningkat saban tahun mendatang. Dalam tempoh tersebut juga penduduk Negeri Melaka telah terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam memberikan layanan dan perkhidmatan kepada para pengunjung ke Negeri Melaka yang telah memberikan impak yang baik kepada sektor pelancongan negeri.

  Oleh yang demikian, MPSB berpandangan bahawa kini telah sampai masanya pengunjung-pengunjung ini dan para penduduk Negeri Melaka sewajarnya diberikan keistimewaan dan manfaat atas sumbangan dan sokongan yang telah mereka berikan sepanjang tempoh lebih dari 700 tahun kepada Negeri Melaka.

  Manakala berhubung halataju sektor pelancongan Megeri Melaka pula, MPSB berhasrat untuk berganding bahu bersama Kerajaan Negeri Melaka untuk mempertingkatkan lagi industri pelancongan negeri ini sebagai destinasi utama pelancong luar negara dan tempatan.

  Sehubungan dengan keperluan untuk memberikan manfaat dan keistimewaan kepada pelancong dan penduduk Melaka serta halatuju pelancongan Melaka, MPSB berhasrat sebagai duta kecil Negeri Melaka, ingin memperkenalkan Sistem Keahlian & Kesetiaan Pelanggan dan Sistem Transaksi Tanpa Tunai (Cashless) terhadap pelancong dan penduduk Negeri Melaka yang akan dikenali sebagai Melaka Privilege Card (MPC).

Objektif

• Mewujudkan keseimbangan manfaat dan situasi menang-menang kepada ahli, peniaga dan kerajaan;

objektif

• Penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, mudah, dipercayai, berinovasi dan kos yang efisyen;

objektif
objektif

Promosi

Senarai Merchant dan manfaat kepada ahli MPC


Nama Syarikat

Manfaat

Upside Down House Gallery

• 20% Setiap pembelian tiket

Asam Pedas Selera Kampung

• 5% Untuk makanan dan minuman pada hari biasa

Melantak Steak Hub

• 10% Untuk makanan dan minuman sepanjang minggu 2 & 3 setiap bulan
• RM100 dan ke atas berhak secara percuma 1 minuman
• Promosi Ramadan 10% antara jam 10 malam hingga 12 tengah malam

Bayou Lagoon Park Resort Sdn Bhd

• 20% Untuk bilik (Tempoh Sah 31 Disember 2017)
  Bilik Studio: Kemasukan sarapan pagi dan taman air 2 orang
  2 Bilik Tidur Pangsapuri: Kemasukan sarapan pagi dan taman air untuk 4 orang
  3 Bilik Tidur Pangsapuri: Masuk sarapan untuk 6 orang
• 10% Makanan dan minuman (31 Disember 2017)
• membeli satu percuma untuk taman air (31 Disember 2017)

Melaka Duck Tours

• Diskaun RM 4 untuk orang dewasa/ RM 3 untuk kanak-kanak

Melaka Funland

• Diskaun RM 3 untuk orang dewasa/ RM 2 untuk kanak-kanak

Gold Coast Melaka International Resort Sdn Bhd

• Bilik Standard: RM160 semasa hari biasa termasuk sarapan pagi dan tiket ke taman air untuk dua orang dengan GST
• 20% Untuk pelangan walk-in
• 5% Untuk cuti umum dan hujung minggu
• 10% Tiket taman air
• 20% Makanan dan minuman

Melaka United Soccer Association

• 10% Untuk harga tiket
• 10% Untuk barangan MUSA

Perbadanan Melaka Holding Sdn Bhd

• 4% Untuk pembaharuan insurans

PM Media & Event Sdn Bhd

• 5% Untuk spanduk, buntings dan pesanan pelakat

MITC Hotel

• RM 155+ satu bilik (N/P RM184+)

LA'MYVA Home Collection

• 10% daripada harga biasa
• Sah di Melaka sahaja
• Terdapat diskaun lain setiap bulan untuk ahli MPC

Hotel Seri Malaysia

• RM 166.30 setiap bilik, setiap hari

Mydin Mall

• Dapatkan harga borong dengan satu pembelian
• Sah di Mydin di seluruh Malaysia

Lanun Café

• Diskaun 5% dalam satu Salinan resit bernilai RM80

Jasin Hot Spring

• Diskaun RM 1 setiap tiket untuk 5 pembelian tiket bagi setiap kad sehari

The Street Kitchen

• Diskaun 10% dalam satu Salinan resit
• Percuma pencuci mulut berbelanja RM100 ke atas

Roti John Maelambong

• Dapatkan minuman Percuma dengan belian Maelambong Signature Set

Restoran Sri Jonker

• Dapatkan 1 cawan air dan 1 pinggan Nasi Ayam bila berbelanja RM100 ke atas

Pine & Dine

• Diskaun 10% kepada ahli MPC

Monster Grill Sdn Bhd

• Diskaun 20% kepada ahli MPC sepanjang hari sepanjang masa

MIBC

• Diskaun 10% daripada harga biasa kepada ahli MPC

DE MAWARDA HOTEL

• Diskaun 20% untuk semua bilik pada hari biasa

• Diskaun 15% untuk semua bilik pada hujung minggu

*terma dan syarat

*dapatkan maklumat terperinci dalam Apps kami - Melakaprivilegecard (MPC)

Yuran Tahunan

Para pelanggan yang berminat untuk menjadi ahli MPC perlu melaksanakan pembayaran yuran keahlian tahunan sebanyak :

RM15.00 SETAHUN

Fungsi Kad

  Sistem MPC mempunyai beberapa kriteria dan fungsinya yang memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Sistem MPC berfungsi sebagai:

Fungsi

Manfaat

Sistem Keahlian dan Kesetiaan Pelanggan

Ahli MPC akan menerima manfaat dari keahliannya:

• Pemberian diskaun;
• Terimaan servis nilai tambah;
• Mata Transaksi & Hadiah;
• Penyaluran informasi dan promosi.

Sistem Transaksi Pembelian Tanpa Tunai (Cashless)

Ahli MPC akan menggunapakai cashless system untuk setiap transaksi jual beli yang dilaksanakan oleh ahli MPC di semua premis yang terlibat di seluruh Negeri Melaka.

Transaksi

Ahli MPC boleh melaksanakan transaksi servis MPC melalui:

• Transaksi melalui Kad; dan

• Transaksi melalui Telefon Pintar (MPC app).

Manfaat

MANFAAT MPC KEPADA AHLI, KERAJAAN MELAKA DAN PENIAGA


Melalui pelancaran dan penggunaan Sistem Keahlian dan Kesetiaan MPC di Negeri Melaka, manfaat yang diberikan merangkumi pelbagai pihak terutama kepada Ahli MPC, Kerajaan Negeri Melaka dan para peniaga yang memberikan servis MPC. Manfaat yang akan diterima seperti berikut:


(a) Manfaat Kepada Ahli MPC

Sistem MPC bertujuan memberikan keistimewaan dan kelebihan kepada ahlinya secara eksklusif melalui:

• Pemberian diskaun;
• Pemberian perkhidmatan atau produk yang ditambah nilai;
• Pengumpulan Mata Transaksi dan hadiah;
• Penyaluran informasi, pengiklanan, medium promosi yang hebat, keahlian yang ekslusif dan lain-lain manfaat yang diterima sepanjang tempoh berkunjung di Negeri Melaka.


(b) Manfaat kepada Kerajaan Negeri Melaka

Sistem MPC juga bertujuan memberikan manfaat secara eksklusif kepada Kerajaan Negeri Melaka melalui:

• Negeri Melaka akan dikenali sebagai negeri perintis yang memperkenalkan sistem keahlian kepada penduduk negeri dan pelancong negeri;
• MPC akan menjadi antara pemangkin kepada pencapaian industri pelacongan negeri;
• MPC akan menjadi antara pemangkin peningkatan kadar kehadiran pelancong untuk menikmati keistimewaan MPC dan pengalaman penggunaan teknologi yang disediakan;
• MPC juga akan menjadi antara pemangkin peningkatan sumber ekonomi negeri melalui pelancongan;
• Menyumbang peningkatan peluang pekerjaan dan keutamaan kepada penduduk negeri Melaka dan graduan Kolej atau Universiti di Melaka;
• Kerajaan Negeri akan diberi ruang penyaluran maklumat, promosi dan informasi berkenaan negeri kepada prospek 7 juta keahlian setahun;
• Kerajaan Negeri juga akan menikmati peningkatan pematuhan pelanggan yang hadir ke premis perkhidmatan Kerajaan untuk mendapatkan keistimewaan yang disediakan oleh MPC; dan
• Lain-lain manfaat yang diterima samada secara lansung dan tidak lansung.


(c) Manfaat Kepada Syarikat Swasta dan Peniaga

Sistem MPC turut memberikan keistimewaan dan kelebihan kepada para peniaga secara eksklusif melalui:

• Sumber pendapatan baru selain perniagaan yang diusahakan;
• Menerima keuntungan komisyen dari setiap jualan produk MPC;
• MPC akan menyenaraikan nama syarikat / peniaga dalam Portal / MPC app;
• MPC akan menyediakan ruang di Portal / MPC app bagi paparan pengiklanan dan promosi syarikat / peniaga yang akan tersebar maklum kepada semua ahli MPC dari serata dunia;
• Prospek dikunjungi oleh 7 juta ahli MPC setahun dan dijangkakan berlaku peningkatan kehadiran pelanggan secara mendadak; dan
• Peningkatan keutungan perniagaan yang diusahakan kesan dari tarikan yang diberikan melalui MPC.


Rumusan Ringkasan Eksekutif - Pandangan Menyeluruh


Secara keseluruhan, penggunaan MPC di Negeri Melaka akan:

(a) Menggerakkan status Negeri Melaka lebih ke hadapan berbanding negeri yang lain memandangkan ianya yang pertama di Malaysia;

(b) Perlaksanaannya juga merupakan suatu penghargaan luar jangka kepada para pengunjung dan mereka juga merasa dekat dan inklusif dengan Negeri Melaka;

(c) Perlaksanaan MPC juga memberi manfaat kepada semua pihak termasuk pengunjung itu sendiri melalui diskaun di premis terpilih, perkhidmatan yang melebihi nilai, penyaluran maklumat yang terkini dan tepat dan lain-lain kelebihan yang disediakan;

(d) Pengusaha juga menikmati peningkatan pengunjung yang secara tidak lansung meningkatkan keuntungan;

(e) Kerajaan Negeri Melaka juga memperolehi manfaat lansung dan tidak lansung seperti pengiktirafan, butiran tepat para pengunjung, pemangkin kepada sumber ekonomi dan pendapatan, pemangkin kepada sasaran industri pelancongan yang telah disasarkan; dan

(f) Secara keseluruhannya, MPC akan memberi impak positif dalam semua aspek yang akan membawa Melaka ke satu tahap yang lebih baik disebalik kecemerlangan sedia ada.

Kesimpulan

Rumusan Ringkasan Eksekutif - Pandangan Menyeluruh


Secara keseluruhan, penggunaan MPC di Negeri Melaka akan:

• Perlaksanaannya juga merupakan suatu penghargaan luar jangka kepada para pengunjung dan mereka juga merasa dekat dan inklusif dengan Negeri Melaka;

• Perlaksanaan MPC juga memberi manfaat kepada semua pihak termasuk pengunjung itu sendiri melalui diskaun di premis terpilih, perkhidmatan yang melebihi nilai, penyaluran maklumat yang terkini dan tepat dan lainlain kelebihan yang disediakan;

• Pengusaha juga menikmati peningkatan pengunjung yang secara tidak lansung meningkatkan keuntungan;

• Kerajaan Negeri Melaka juga memperolehi manfaat lansung dan tidak lansung seperti pengiktirafan, butiran tepat para pengunjung, pemangkin kepada sumber ekonomi dan pendapatan, pemangkin kepada sasaran industri pelancongan yang telah disasarkan; dan

• Secara keseluruhannya, MPC akan memberi impak positif dalam semua aspek yang akan membawa Melaka ke satu tahap yang lebih baik disebalik kecemerlangan sedia ada.